Monday, June 17, 2013

Khas Buat Mu.......

Cewah....Tajuk dah macam cerekarama tiap hari Sabtu jam 10 malam gitu.  Actually entry kali ni dibuat khas untuk baby yang bakal lahir nanti. Insyallah semoga dipermudahkan semuanya.

Kata orang pengalaman mengandung ni seronok. Kata orang la. Sebab bila kita dah bersalin nanti, saat-saat kemengandungan ni mesti akan dirindui balik.  Ye ke? Maybe sebab aku belum bersalin lagi kot. That's why tak menghayati sangat. Selalu merungut dengan hubby tak larat bawak perut ni lagi dah. Pastu asyik complaint baju semua dah tak muat, badan dah gemuk, kaki sembab-membab, kulit dah tak sehalus dulu (eceh), nak berpusing time tidur susah, nak meniarap apatah lagi and sampai berjanji dengan diri sendiri untuk pakai baju kebaya and nak tidur meniarap after pantang nanti. Rindu time ala-ala ratu kebaya dulu.  Sampai emak marah.  Kata beliau, 'Kecik ati baby dengar'.

Tapi.....walaupun mummy (cet.....sejak bila pulak bertukar gelaran ni?) selalu merungut macam-macam seolah-olah macam menyalahkan kamu, tapi tahu tak sebenarnya mummy tersangat-sangat sayangkan kamu.  Sanggup berkorban jiwa raga, fesyen-fesyen terkini, high heels, handbag and macam-macam lagi la semata-mata demi memastikan kamu terus survive dalam rahim mummy.

Di awal-awal kehamilan dulu, mummy selalu bleeding and sampai bawak jumpa bidan kampung untuk tahu sebab musabab. And bila bidan kata yang kamu mungkin takkan menjadi, mummy rasa sedih sangat walaupun time mula-mula tahu mengandung dulu mummy macam agak susah nak terima. Macam terlalu awal untuk menjadi seorang ibu. Tak puas enjoy. Tapi after kamu hidup dalam rahim ini and mummy dah penat muntah-muntah, terasa sangat kehilangan bila bidan cakap camtu.  Jauh disudut hati selalu berdoa supaya kamu sentiasa kuat dan kita serasi bersama.

And mummy tahu kamu seorang yang kuat because you are still survive until now.  Mummy tak kisah ambil MC and EL selalu demi memastikan kamu terus sihat dan membesar.  Lantak la ape orang nak cakap. Daddy selalu suruh mummy borak-borak dengan kamu  sebab daddy jarang tengok mummy buat macam tu.  Mummy kata pelik lah nak borak-borak dengan perut sendiri. Tapi daddy tak tahu sebab mummy akan berborak and ketawa dengan kamu bila die takde.  Especially bila kamu tertonjol-tonjol dalam perut mummy.  Mummy rasa happy sangat. Seolah-olah kamu faham apa mummy cakap.  Shhh....this is our secret okay.

Walaupun mummy tak pernah faham kedudukan kamu time scan and confuse which one is head, tangan, kaki and anggota lain and plus bila time scan 4D lagi la mummy tak faham rupa kamu sebab sangat pelik and ada time macam menakutkan tapi mummy tahu kamu sangat comel.  Barangkali genetik dari sebelah mummy. *____*

Walaupun mummy selalu merungut tentang fizikal mummy yang dah tak seanggun dulu, tapi mummy tak pernah salahkan kamu.  Ini semua salah daddy kamu.  I dont even bother pandangan orang tentang imej mummy yang sekarang 'asalkan boleh', yang penting kamu selesa bersama mummy.

Insyallah.....kita akan berjumpa dalam tempoh 7 minggu lagi. Pastikan temujanji kita yang pertama ni jadi ye. And after that, mummy tahu everything will be back to normal again.

Thanks sayang for this beautiful moment.....


Sunday, June 9, 2013

32 Weeks.......

Kalau ikut kiraan kalender Pa Ma, aku da masuk 32 minggu. Ye. 8 months. Tiba-tiba kan???  Entry sebelum ni cerita pasal majlis bertandang, tiba-tiba muncul cerita pasal minggu-minggu pulak. Ape ke hal?????
Actually, just to share yang after get married, I diam-diam berisi okay.  Balik dari honeymoon dari Beijing, China, after 2 weeks kot terus dapat berita gumbira + teruja + takut.  Masa tu rasanya dah 6 weeks. Maknanya, masa aku dok excited panjat Tembok Besar China, I’ve carried ‘something’.  No wonder la badan rasa lain macam.
And bermula la pengalaman morning sickness aku yang sangat teruk.  Kebanyakkan orang akan mabuk time pagi.  Tapi aku dari pagi sampai ke malam asyik mabuk jer.  Walhal before tau pregnant, tak pulak mabuk. Bila dah tau, automatic semua benda jadi tak kena.  Antara symptom-simptom die adalah aku akan muntah everytime naik kereta. Plastik memang standby selalu. Even sampai malam asyik muntah. Pantang masuk je makanan, mesti keluar balik. Tak sempat hadam pun. Isk…isk…. Mata pulak rasa macam kena gam. Asyik mengantuk jer. Nak tidur je rasa. Aku ingat bukan sebab pregnant but rupenye tu salah satu symptom orang mengandung.
Then, aku memang tak boleh bau perfume. Dulu bukan main suka bau perfume hubby but now langsung tak boleh terima. Sampai sekarang okay. Tapi bau masakan boleh pulak. Takde masalah. Nampak sangat anak I kaki masak tauuuu.  Ada one time boleh terjaga dari tidur sebab terbau deodorant hubby  yang sangat kuat. I don’t have any problem with body odor but tak boleh terima bau deodorant.  Mesti cakap kat hubby before tidur, “Basuh tiyak (ketiak) dulu”.  Huhuhu…Walhal die dah mandi kot.
Sometimes a little bit sensitive. Cepat je nak marah. And one more thing aku tak suka make-up.  Pada hal before this, even nak pergi buang sampah kat depan rumah pun kene make sure everything is perfect. Sekarang apa pun boleh. Semua orang kat office perasan. Nampak sangat gila selekeh. Bukan setakat color block jer sekarang ni, ape jenis color pun aku belasah. Stress sangat sebab semua baju dah tak muat. Pastu bajet macam perut kecil and still nak try baju lama sekali ha amek ko….dah macam ikan buntal aku tengok. Uwaaa….hanya ibu-ibu mengandung je yang paham perasaan ini.
Keadaan ini berlarutan sampai aku masuk 4 bulan lebih. Tapi part muntah tu sampai sekarang masih alami but dah kurang sikit la. Tak la bawak ke malam.  Bila dah masuk trimester ke-3 ni, dah lain pulak masalahnya. Asyik sakit pinggang jer. Badan cepat penat. Jalan dah macam penguin. Kaki sembab-sembab pulak tu. Nak bangun pun susah. Nak tidur lagi la. Memang tak selesa. Dapat bayangkan macam mana my mom mengandung dulu. Sendu pulak tiba-tiba. Pendek kata semua simptom orang mengandung  ada la kat aku.
And bila dah makin dekat nak bersalin ni, perasaan berdebar + takut tu sentiasa ada. Mana taknya, hari-hari kat office sibuk google pengalaman bersalin orang lain. Psyko tau tak. Bak kata mak, “Jangan dengar cerita orang. Masuk jer bilik tu, bersalin je la nanti”. Owh….macam tu eh? Macam senang jer. Tapi perasaan teruja tu of course la ada. Tak sabar pulak nak main mak-mak dengan anak sendiri. Boleh???
Sekarang ni tidur malam dah tak selena dulu. Selalu terjaga tengah-tengah malam. Sometimes terkebil-kebil tengok hubby kat sebelah yang tengah sedap menyiku kepala aku. Pastu boleh tak selalu terfikir lepas ni dapat lagi ke tengok muka hubby, parents, baby  and orang terdekat dengan aku? Drama sangat kan.  Ye la…. Bersalin ni kan macam pergi berjuang. Kalau tewas, kira syahid.  Kalau aku takde nanti, siapa nak jaga kan dieorang. Sendu lagi.  Adoi….orang lain tu sampai 18 belas orang anak, steady je. Aku baru nak keluar sorang dah fikir bukan-bukan.   Pernah tanya hubby soalan cliché “Kalau saya takde nanti, macam mana?” Jawapan beliau “Hidup mesti diteruskan”.  Terima kasih.  `___`  And pernah pesan dekat dia if anything happen and membuatkan die terpaksa memilih, I've asked him to choose our baby. Biasalah, i kan drama queen.
Moga semuanya dipermudahkan Allah….Amin….


Monday, May 27, 2013

Wedding : Siri 3 - Bertandang

Okay....this is the last episode for wedding series. Not the ending of my life okay. The happiness is just to begin.

Picture bertandang tak banyak in my office's notebook.  Hanya gambar sekangkang kera ni saje yang patik mampu persembahkan.

Majis bertandang telah diadakan pada 10.11.12.  Actually aku nak jadikan tarikh ni sebagai majlis side aku tapi aku tak suke kalau buat majis time school holiday.  Takut berebut dengan orang lain. And plus orang pun confuse nak pergi which wedding sebab terlalu banyak invitation.  And penunjuk arah akan jadi banyak membuat kan si tetamu sesat rumah orang lain. So, kita pass je dekat side hubby ye. Die pun buat dua pasang pengantin.

Time bertandang hubby decide nak pakai color putih.  Melambangkan kesucian katanya. Ikutkan aje lah. But I'm not really happy dengan make up time bertandang. Macam over gile. Suke time make-up side aku coz nampak natural and tak nampak bapok sangat. Hahaha..... Nak buat macam mana, yang make-up tu pun spesis macam tu so aku rasa muka aku dah jadi macam muka die boleh?

After wedding memang terasa penat sangat. But tak boleh cuti lama coz saving untuk honeymoon. Honeymoon next story pula ye.












Sekian.......



Monday, April 1, 2013

Wedding : Siri 2 - Bersanding

Assalammualaikum……
Hari ini sambung balik cerita pasal tawin-tawin ni. On 3rd November 2012, majlis bersanding diadakan di rumah aku.  Lega selepas berjaya bergelar seorang isteri. Hahahaha….. apesal aku ni? Excited terlebih.
Malam before bersanding, macam-macam nak kene setel. Lepas majlis akad nikah, ade cukur jambul untuk anak buah aku yang very the comelness. Dalam kol 9pm macam tu, tengok mak andam pasang pelamin. Kene monitor.  Takut nanti pelamin anganku musnah. Then, si pengantin perempuan ni pergi ambil tangga untuk pasang lantern dekat every khemah. Perkasa sungguh.  Semua nak buat sendiri. Takut tak puas hati kalau orang lain buatkan. But ramai juga lah yang jadi tukang tolong. Takut ape-ape jadi, tak bersanding mak esok. Setel dalam kol 1am rasanye. Ikut kan hati, tak nak tidur. Tapi khuatir jadi zombie pulak esok, terpaksa lelapkan mata jugak.  Excited tunggu hari esok.

Suasana khemah di pagi hari


Guest book area

Perantin dah siap

Muka tak sabar nak bersanding


Pakcik beg pipe

Excited



Di pelaminan



Si penari cilik


Sentap-menyentap









Haa....hamek. Muntah darah tengok gambar banyak-banyak.

Bersambung.....








Thursday, March 28, 2013

Wedding : Siri 1 - Nikah

Hai…..Assalammualaikum…….
Huhuhu……
Okay, terus kepada berita utama. Sari berita penting. Seorang blogger yang tidak berapa tegar telah menghilangkan diri hampir 6 bulan rasanya tanpa meng ‘update’ sebarang cerita pun dalam blog nya yang suam-suam kuku tu.  Tahu-tahu je dah lima bulan ‘berisi’.  Jeng..jeng…jeng….
Dulu sibuk update preparation nak kahwin bagai. Pastu senyapppppp……. Lepas tu timbul kejap then tenggelam balik. Okay…sekarang nak timbul balik untuk dapat udara segar.
Just nak maklumkan yang tuan punya blog telah melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka (gituuuu…) pilihan hati pada 2 & 3 November 2012.  Haaa….ko bayangkan lah berapa lama baru nak update beritahu orang. Cerita dah basi berbuih dah ni. 
Upacara akad nikah diadakan pada 2 November 2012, lepas Asar. Sah menjadi isteri kepada Mohd Hafiz dengan hanya sekali hembus lafaz sahaja. Nervous gila time ni. Tapi muka pengantin lelaki lagi la tak boleh cover kecuakannya.  Memang ekpresi habis.
Majlis berlangsung dengan meriah dan gumbira nya sekali (pengantin je yang gembira). Tapi….. Ngam-ngam pukul 3:00 petang macam tu, hujan rahmat turun selebat-lebatnya. Habis red carpet aku hanyut. Baju pengantin memang dah angkat takat betis la. Berjalan jumpa tetamu dalam keadaan yang begitu tragis sekali.  Tapi apa-apa pun, everthing went soooo well.
So…saksi kan lah detik-detik bahagia kami.
Bunga tangan. Jambangan bunga. Jam

Make-up



Baju Nikah


Kasut nikah & sanding



Hantaran untuk si suami


Si nervous


Okay. Ready to go




Auwwww......


Bersama parent & parent in-law


Finally......

All pictures credit to FMS

Ok. Done with nikah story. But lupa pulak nak share.  Tema majlis aku adalah dark purple + light pink. Main color adalah dark purple. Before majlis ni berjalan, aku memang kelam kelibut. Everything nak kena buat. Maklum lah, semua nak DIY sendiri. Excited terlebih.  Antara barang-barang yang aku DIY:

- Baju nikah (tambah manik)
-Veil (jahit manik)
-Bunga tangan (Tambah butterflies)
-Hantaran (everything buat sendiri)
-Kasut
-Pelamin nikah
-Hiasan katil & bilik pengantin
-Guest book
-Decoration untuk signature area

Penat but sangat puas hati. (Senyum gembira).




Monday, March 18, 2013

Status telah bertukar

Ohoooooiiiii....!!!!! Dah berapa abad tak update blog ni woi?!!

Okay..... Mukadimahnya just nak inform yang kini aku sudah bergelar seorang puan (ade ke orang kesah?).

Later will update cerita kawin-kawin ni. Auuu....malu saya!

Tuesday, October 9, 2012

Exhausted!!!!

Currently outstation lagi. Until friday. Dah la baru kene tukar unit, belum sempat habis burn knowledge bos dalam CD, dah kene pergi outstation.

And plussss my wedding is just around the corner!!!! Somebody help me. And untuk my fiance, dont miss me a lot k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

KaYra KamaL | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates